We can only plan but…

Bulan September ni aku dah jadi pelajar universiti la nampaknya. Tak sangka dah nak masuk u, rasa macam baru hari tu amek SPM. Yeah, jadi orang Shah Alam la aku pasni. Tak sangka aku dapat gak course ‘love-hate’ ni. Hehe, course apekah itu? TESL la. What?? Tak tau TESL tu apa? Yelahhh tau lah tak popular macam medik tu. TESL is Teaching English as a Second Language. Ni course pendidikan la ni. Kire kalau dah dapat ijazah nanti boleh la jadi tenaga pengajar, tehee.

Aku pernah mohon course ni time SPM dulu. Memang aku berharap yang amat sangat la aku dapat course ni, tapi sayangnya bukan rezeki aku. Tu pasal jadi ‘love-hate’ ni. Alih-alih dapat sains komputer kat UIA. Disebabkan aku tak minat pasal fizik dan komputer bagai tu, aku pun masuk lah matrikulasi yang memang jadi pilihan terakhir aku. Matrikulasi ni jadi pilihan terakhir aku sebab aku tak yakin boleh bawak course sains. But I decided to give it a try.

Mula-mula nak ambil sains fizikal, fizik buang biologi. Sebab aku benci tikus, budak bio kena bedah tikus, euww. Tapi lepas dah dengar nasihat daripada senior-senior jadi aku pun tukar la ambil sains hayat, biologi buang fizik. Aku tak sangka sebenarnya aku boleh bawa subjek yang paling aku bermasalah masa kat sekolah dulu, siap boleh score cantik lagi masa final exam. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Sekali lagi, kami semua kena isi UPU kalau nak masuk universiti awam. Disebabkan result tak berapa bagus nak mohon medik yang memang aku tak minat tu, mama pun suruh la mohon TESL balik. Waktu ni minat aku untuk TESL memang dah tak sebanyak waktu SPM dulu. Aku baru rasa seronok belajar biologi, belajar kimia. Kiranya aku nak ambil course yang ada sains la. Mama kata takpe, mohon je TESL tu. Lepas dah kena brainwash, huhu, aku pun mohon la. Aku tak nak mohon bukan sebab apa, aku malas nak kena pergi interview.

Tapi interview kali ni memang lain la perasaannya. Mula-mula aku cuak la gak tapi sekali aku tengok calon yang interview TESL aku sorang je, semangat ooh. Siap boleh senyum je sorang-sorang. Itu  kat bilik interview aku la, yang lain aku tak tau ada ke tak. Lepas tu dapat bilik interview sekali dengan kawan aku memang seronok abes. Yang pergi interview pun lepasan matrik dengan STPM jadi memang ramai mohon course sains. Kurang la sikit saingan aku.

Aku sebenarnya tak pasti apa yang aku rasa bila aku dapat TESL ni. Suka, sedih, takut, teruja, semua dah tunggang-langgang dalam kepala aku. Lepas ni dah takde lagi dah biologi, takde makmal, takde lab report, ooh sedih dan gembira pada masa yang sama. Tapi aku tau, Allah dah rancang yang terbaik untuk aku. Mungkin pada masa sekarang aku tak suka benda tu, tak nampak lagi kelebihan benda tu pada aku, tapi aku yakin satu hari nanti benda tu akan bawa kebaikan pada aku. Always have faith. Allah knows best.

 tataa

No comments:

Post a Comment